Hosting Ditaja oleh

Dibangunkan oleh

 
LAMAN UTAMA
YAHOO! GROUP
BLOG

Assalamualaikum,

Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman adalah sebuah Pusat Jagaan berkediaman yang ditubuhkan bagi memberi PERLINDUNGAN, PENGASUHAN dan PENDIDIKAN kepada anak anak yatim dan miskin secara percuma.

Dasar Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman

  1. Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman sedia membantu anak-anak yatim , miskin dan terabai dari segi memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan. Anak-anak ini akan dibantu sehingga mencapai sekurang-kurangnya diploma atau mampu berdikari sendiri.
  1. Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman akan membantu kesemua anak-anak yatim dan miskin yang layak tidak mengira latarbelakang pendidikan atau disiplin anak-anak tersebut semasa sebelum anak-anak berkenaan diambil.
  1. Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman hanya akan menerima anak-anak yang berumur bawah 12 tahun kecuali keluarga berkenaan mempunyai abang atau kakak yang berumur lebih 12 tahun, maka kesemua mereka akan diterima masuk.
  1. Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman menegah atau tidak akan mengamalkan pembuangan anak-anak walauapapun masalah yang ditimbulkan oleh anak-anak ini seperti masalah disiplin atau sebagainya.
  1. Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman menegah atau tidak mengamalkan kutipan derma atau apa juga kegiatan yang berbentuk kutipan derma atau penjualan barangan oleh kanak-kanak yang berada di bawah jagaan pusat.
  1. Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Minkin Nurul Iman akan memberi pendidikan akademik dan pendidikan agama yang sebaiknya sehingga mendapat sekurang-kurangnya diploma dan akan memantau anak-anak ini sehingga berumur 21 tahun.


Syntech Organization 2007 | Hak Cipta Terpelihara | Semua kandungan laman web adalah hak milik
Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Darul Iman